Hafiz Hood

…sekadar nukilan…

~maaf~ Mac 5, 2008

Difailkan di bawah: Peribadi — hafizhood @ 5:08 pm

selalu kita ungkapkan maaf…tp dosa dan nista tetap menyusul jua….

salah siapa???…kita ada jawapannya…

kadang kala rasa malu untuk memohon maaf lagi……

tapi apa lagi yg boleh dilakukan….

kita tak pernah terlepas dr dosa…….

entah mengapa…

jahilnya diri ini……

~maaf~

 

~sekadar nukilan~ Mac 4, 2008

Difailkan di bawah: Peribadi — hafizhood @ 6:54 pm

dlm hidup….mcm2 ujian yg dtg menimpa…sbb itu adlh fitrah sebuah kehidupan manusia….biar sebesar atau sekecil mana ujian yg ada….jgn mudah terpedaya…jgn mudah tewas juga…berjuang sehabisnya….

tapi bila kesabaran ibarat berada di batasnya….jgn lagi berusaha….tp pandang ujian itu semula……mulakan segalanya semula..cari jln lain yg belum pernah dicuba……

Yang Kuasa hanya menguji pd yg selayaknya…jika ujian itu untuk kita….maka kitalah yg layak melayaninya…putaran itu perlu dipegang sentiasa…

tp kadang2 ketabahan tak spt yg disangka…..maka ikutlah hati dan perasaan jika perlu…

dan bersedia dgn natijah yg bakal melanda…….

 

susahkah untuk menyayangi??? Februari 7, 2008

Difailkan di bawah: Cerita — hafizhood @ 7:23 pm

“…papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar….”

Pada suatu malam Salleh, seorang eksekutif yang berjaya, seperti biasanya sedang sibuk mengkaji kertas-kertas kerja pejabat yang dibawanya pulang ke rumah, kerana keesokan harinya ada mesyuarat yang sangat penting dengan para pemegang saham.

Ketika dia sedang asyik meneliti dokumen-dokumen dari pejabat, anak perempuannya, Rahayu datang mendekatinya, berdiri tepat di sampingnya, sambil memegang buku cerita baru.

Buku bergambar seorang peri kecil yang kiut, sangat menarik perhatian Rahayu, “Pa lihat”! Rahayu berusaha menarik perhatian ayahnya. Salleh menoleh ke arahnya, sambil menurunkan kaca matanya, kalimah yang keluar hanyalah kalimah basa-basi
“Wah, buku baru ya Ayu?”,                                                                                                   
“Ya papa” Rahayu berseri-seri kerana merasa ada balasan dari ayahnya.
“Pa bacakanlah untuk Ayu” pinta Rahayu lembut,
“Ayu….. papa sedang sibuk sekali, jangan sekarang yah” sanggah Salleh dengan cepat.

 Lalu dia segera mengalihkan perhatiannya pada kertas-kertas yang berserakkan didepannya, dengan serius.

Rahayu termangu sejenak, namun dia belum menyerah. Dengan suara
lembut dan  dengan sedikit kemanjaan dia kembali merayu

“pa, mama cakap papa nak bacakan untuk Ayu”
Salleh mulai agak jengkel, ” Ayu!! papa sibuk, sekarang Ayu suruh mama baca ya “
” pa, mama sibuk, papa lihat gambarnya lucu-lucu”,
” Lain kali Rahayu, ke SANA!!!! papa lagi banyak kerja”
Salleh berusaha memusatkan perhatiannya pada lembar-lembar kertas tadi.

Minit demi minit berlalu,Rahayu menarik nafas panjang dan tetap disitu, berdiri ditempatnya penuh harap, dan tiba-tiba Rahayu merengek lagi.

 ”pa,.. gambarnya cantik, papa pasti suka”,
“RAHAYU!!!!!, PAPA KATA, LAIN KALI!!!!! ” kata Salleh membentaknya
dengan keras.

Kali ini Salleh berhasil, semangat kecil Rahayu terkulai, hampir menangis, matanya berkaca-kaca dan Ayu bergerak menjauhi ayahnya
” Iya pa,. lain kali ya pa?” Ayu masih sempat mendekati ayahnya dan sambil menyentuh lembut tangan ayahnya ia meletak buku cerita di
pangkuan ayahnya
“pa kalau papa ada waktu, papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu dapat
dengar “

Hari demi hari telah berlalu, tanpa terasa dua bulan telah berlalu namun permintaan kecil Rahayu tidak pernah dipenuhi.Buku cerita Peri Kiut, belum pernah dibacakan untuk dirinya. Hingga satu petang terdengar suara hentakan yang kuat ;
“Baammmm!!”

Beberapa orang jiran tetangga dengan histeria memberitahu bahawa Rahayu dilanggar kenderaan yang meluncur laju dihadapan rumah Salleh oleh seorang pemandu yang sedang mabok. Tubuh mungil Rahayu terpelanting beberapa meter. Dalam keadaan yang panik, kedengaran suara ambulance dan dalam perjalanan menuju rumah sakit. Rahayu sempat berkata dengan begitu sayup

” Ayu takut pa,Ayu takut ma, Ayu sayang papa mama “ darah segar terus keluar dari
mulutnya hingga ia tidak tertolong lagi ketika sampainya di rumah sakit terdekat.

Kejadian hari ini begitu menggoncangkan hati nurani Salleh, tidak ada lagi waktu tersisa untuk memenuhi sebuah janji. Kini yang ada hanyalah penyesalan. Permintaan si buah hati yang sangat sederhana,pun tidak dipenuhi. Masih segar terbayang dalam ingatan Salleh tangan mungil anaknya yang memohon kepadanya untuk membacakan
sebuah cerita, kini sentuhan itu terasa sangat bererti sekali,

“…papa baca kuat-kuat ya pa, supaya Ayu boleh dengar… “ 

kata-kata Rahayu terngiang-ngiang kembali.
Petang itu setelah segalanya telah berlalu, yang tersisa hanya keheningan dan kesunyian hati, canda dan riang Rahayu tidak akan terdengar lagi, Salleh mulai membuka buku cerita peri kiut yang diambilnya dari longgokan mainan Rahayu di sudut ruangan.

Bukunya sudah tidak baru lagi, sampulnya sudah usang dan koyak.
Beberapa coretan tak berbentuk menghiasi lembar-lembar
halamannya seperti sebuah kenangan indah dari Rahayu. Salleh menguatkan hati, dengan mata yang berkaca-kaca Salleh membuka halaman pertama dan membacanya dengan suara yang kuat, tampak sekali Salleh berusaha membacanya dengan kuat, Salleh terus membacanya dengan kuat-kuat halaman demi halaman, dengan
berlinangan air mata.
“Rahayu dengar papa baca ya” selang beberapa kata…. 
hatinya
memohon…lagi 

 ”Rahayu.. papa mohon ampun nak”
” papa sayang Rahayu “

Seakan setiap kata dalam bacaan itu begitu menggores lubuk hatinya,
tak kuasa menahan itu; Salleh bersujud dan menangis,..memohon
satu kesempatan lagi untuk mencintai dan menyayangi.

Seseorang yang mengasihi selalu mencari kita, sebab dia sentiasa ingatkan kita…adakalanya serasa sesak dan rimas….namun itu tanda kasih sayang mereka..yang pasti,mereka selalu memberi PERHATIAN kepada kita; Kerana ia Peduli kepada kita

ADAKAH “PERHATIAN TERBAIK” ITU BEGITU MAHAL BAGI
MEREKA ?

BERILAH “PERHATIAN TERBAIK” WALAUPUN HANYA SEKALI

Bukankah Kesempatan untuk memberi perhatian kepada orang-orang
yang kita cintai itu sangat berharga???

 

Cerita…. Februari 7, 2008

Difailkan di bawah: Cerita — hafizhood @ 6:41 pm

al-kisah…..adalah satu kampung ni..nama kampung ni kampung pinang 18
batang.kat kampung ni orang ramai idup aman dan bahagia.
dalam kampung yang aman ni..adala sorang laki ni.nama dia Ali( bukan nama sebenar).Ali ni orang gila kat kampung ni. jadi..ramai la yang pandang serong kat dia. ramai la yang
suka memainkan dia..

nak dijadikan cerita…pada suatu hari..si Ali ni gi la masjid nak semayang jumaat…ey..ni educated nyer orang gila tau..semayang tak tinggal.contohilah dia ni. sedangkan orang gila pun semayang…korang yang siuman ni pun semayang la gak ek..

ok,sambung citer.lepas si Ali ni smyang jumaat,dia nak balik la umah..tapi masa dia nak balik tu tetiba dia tengok selipar jepun kesayangannye dah takdek.aper lagi… mengamukla
dia…tanpa segan silu dia pun pegi la dekat mikrofon masjid tu lalu
dia
pun berkata: “kepada sesiapa yang mencuri selipar aku,baik ko pulang
cepat.!!!!!!!…” semua orang menjadi takut..ye la..orang gila
kan..memacam dia buleh buat.buatnya dia tetak anak bini orang kang..ha..naya..
“kepada sesiapa yang curik selipa kesayangan aku tu..baik ko pulang cepat.
kalau tak aku akan buat seperti mana ayah aku buat!!!”

lalu orang yang curik tu pun pulang la balik.”lek la bang..gurau jek”Tapi Ali memandang nyer dgn  muka yang serius..muka macam nak makan orang gitu…haa…lalu budak yang
curi selipa dia tu pun blah tanpa memandang ke arah Ali..takut la tue…

lalu tok imam pun menegur Ali dan bertanya “kalau dia tak pulang apa yang akan
kamu lakukan..??apa yang ayah kamu lakukan..??”

dengan suara dan wajah yang slamber..Ali pun berkata “saya balik kaki ayam la tok..”

sekian..time kaceh

 

selamat tahun baru… Januari 10, 2008

Difailkan di bawah: Peribadi — hafizhood @ 3:18 pm

selamat tahun baru 2008…masih belum terlewat rasanya utk diucapkan buat semua….

dan juga Selamat tahun baru 1429H buat semua…..

buat kesekian kalinya….jgn terlalu mengharap….nanti merana bila yg diimpi tak kunjung tiba…

percaya pada qada’ dan qadar….wutever will be….will be…..God knows everything..

semoga jumpa lagi!!!..

 

‘hidup ini ibarat roda..’ Januari 3, 2008

Difailkan di bawah: Peribadi — hafizhood @ 1:56 pm

lama tak menulis…ayat ini acapkali ditaip dlm nukilan2 sebelum ini….tp ayat ini perlu ditulis jua….dlm hidup tak semua yg dirancang menjadi..sbb Yang Kuasa yg menentukannya….hu..kalau beria mencanang utk kerap menulis namun ada kekangannya….akhirnya mimpi tinggal mimpi….

sementelah lama meninggalkn papan kunci utk sekadar menukil ini…byk ragam dan kerenah yg ingin dicoretkan….tapi masih…..masa dan sikap malas ini merenggut renggut jari dari terus menaip…hahah…manusia..sentiasa mencari alasan…..bukan penyelesaian..tapi yg pasti malas menulis tidak perlukan penyelesaian…cuma kepuasan yg tersirna bila ia tidak dilunaskan…..

lama memerhati ragam manusia….terfikir seketika..mmg betul hidup ini byk putarannya…bila2 kita boleh dilambung dan disanjung…dan bila2 juga kita bole berada di bawah….atau ada ketika kita terasa spt di antara keduanya…sbb kadang2 yg membuatkn kita senyum itu juga boleh menjadi istidraj buat kita…dan yang sedih itu barangkali kifarah dosa silam yang ada….

kita mungkin pernah berduka dgn mimpi yang tak sudah…tapi jgn terkejut kalau tiba2 sinar yang tak pernah tercapai dek akal menjelma…itu hakikat kehidupan…berpasang pasangan kesemuanya…mungkin tatkala kita sedang bergembira..tiba2 semuanya ditarik meninggalkan luka yang dihiris ibarat dipercik rasa walang yg bertali arus…..itu juga pasangan nuansa yg perlu ditempuhi….

utk kesekian kalinya….jgn terlalu bermimpi…sbb mimpi itu tak pasti…dan mimpi yg tak pasti sering mengundang sepi…..tidak ada dosanya utk terlalu berharap..namun jgn mudah tersentap…bila yg ditunggu tiba2 lenyap…..mcm2 yg boleh berlaku dlm hidup ini….dan akhirnya..kita akan kembali mencari Ilahi…ironi bukan????…

 

ledakan samudera – kisah tsunami November 8, 2007

Difailkan di bawah: Nukilan — hafizhood @ 7:01 pm

baru usai mengemas brg2 lama…sambil mengenang nostalgia kisah silam di sekolah…tiba2 mataku tertampan pd bbrp kertas buruk dgn nukilan puisi di atasnya…baru aku teringat….aku suka menulis puisi suatu ketika dahulu…haha….mungkin puisi itu tidak sepuitis karya a.samad said….tp cukupla sekadar sbg slh satu ruang utk aku berekspresi tanpa limitasi dan menzahirkan buah fikir pandir ini ke dlm tulisan…..hmm..sori bro nizam2 sbb quote ur tagline….weee…

di sini aku paparkn slh satu dpd puisi yg ku nukil…kisah yg perit utk diingati…kisah tsunami…sbb puisi ini dikarang utk puisidra sains…maka ia sedikit saintifik la…hehe…

LEDAKAN SAMUDERA

senyuman manja sang suria

menemani lembaran fajar dinihari

bentangan luas samudera

nan saujana pandangan mata

menongkah bicara

bermulalah segalanya……..

nun di sana

tampak tenang dataran biru menyirnakan bahang mentari

mengasyikkan jasad yg alpa dan leka

suria tiba tiba bertukar sinis

seolah-olah tahu ketentuan Yang Esa

bencana bakal menimpa……

mendung mula berlabuh

lantas dua awanan terapung bertembung

menggalas positif negatif cas….betarung…

menggempur trauma angkasa halilintar bergaung

berdentum petir harung mengharung

kilat sabung menyabung

menggegar alam mendung……..

namun

anak – anak kondensasi itu sekadar hiasan mata

jasad bernyawa kian asyik menongkah dataran biru

tanpa diduga

secangkir Lautan Andaman bergelora

26 disember 2004

terpaku dan terkesima

menyaksikan sandiwara yg merobek hati insani

jasad itu hanya tinggal nama……..

arakian

getaran demi gegaran kerak bumi kian teruja

plat-plat menjadi gempar

Burma dan India bertembung mencernakan tekanan tiada terkira

Plat India tertunduk sedalam-dalamnya

Plat Burma mendongak setinggi-tingginya

padat,sarat,sendat

Rekahan Sunda mula dijelajahi lalu meluncuri Barat bumi

gempa yg digeruni mula menggila……

kini

gegaran itu merubah teras haluan

dataran biru tercinta terima tempias

pegangan utuh molekul – molekul terkandas

tewas

lemas di arena pergolakan

lantas

riak geombang menggendong rasukan tenaga

berlumba

950km/j lajunya menggetarkn seluruh pancaindera

dasar dataran kian mencetek

pantai menjadi taruhan

orbit gelombang tsunami yg lena dibuai mimpi terus terjaga

meledakkan amarah lantaran tidurnya diganggu

gelombang meningkat ke puncak

tiba-tiba

hancur lebur segalanya

orbit gelombang itu pecah tanpa diduga

amplitudnya mendadak bercambah

rakusnya ombak itu bertalu talu menghempas pantai

setiap sapaan membawa kemusnahan

dahsyat,ngeri,pilu

semuanya bermain di benak minda

memikirkan apakah kesudahannya……..

daluwarsa

kenangan pahit ini terus segar dlm memori

anjakan kutub utara menjadi bukti

bumi tercinta kian padat

menunggu saat dirobek dan dihempas utk kesekian kalinya

jasad-jasad yg masih bernyawa

sekadar merenung keindahan alam

yang nyata tak kekal lama

sesungguhnya

pentas samudera ini

mendambakan kenirmalaan sejati

dan kecintaan yg hakiki

 

syurga di bawah telapak kaki ibu November 5, 2007

Difailkan di bawah: Nukilan — hafizhood @ 7:40 pm

sedang membelek – belek email yg lama…tiba2 terbaca satu email yg menyentuh hati….tidak tahu pd siapa ingin dikreditkan email ini…sbb diforward – forward saje…huhu….tp aku rase email ini mungkin sesuai utk bacaan bersama….ttg mulianya hati ibu…

Emak…..Matahari berbisik padaku…Emak lebih mulia darinya!!!!

Kerna apa tanyaku?
Jawabnya..Kerna dia hanya menerangi dunia ini
Pada kesiangan saja Tapi emak menerangi hidup anak²
Sepanjang masa, menembusi ruang kehidupan ini sepanjang zaman

Emak..Pepohon yang merendang berbisik padaku…Emak lebih mulia darinya.!

Kerna apa tanyaku?
Jawabnya?…Kerna dia hanya meredupkan kehangatan Insan yang berteduh dibawah pepohonnya..Tapi emak meredupkan kehangatan Hidup yang penuh pancaroba
Meredakan kekusutan hati dan akal anak² yang emak kasihi

Emak….Emas dan batu permata berbisik padaku…Emak lebih mulia darinya.!

Kerna apa tanyaku?
Kerna ia hanya lambang kekayaan,lambang kemewahan….tapi emak adalah lambang kasih,lambang sayang,lambang cinta,lambang kemuliaan,lambang pengorbanan sejati anak²mu

Emak…..Manis gula dan masinnya garam berbisik padaku..Emak lebih mulia darinya..!

Kerna apa tanyaku?
Jawabnya…Kerna dia hanya menambah nikmat sesuap makanan dan lazat secangkir minuman….Tapi emak mampu menawarkan bisa kedukaan dan penderitaan,melazatkan keriangan dan menambah kecintaan kepada kehidupan anak² yang emak kasihi setiap masa dan ketika sambil bila-bila

Emak…Angin yang bertiup berbisik padaku…..Emak lebih mulia darinya!!!

Kerna apa tanyaku?..
Jawapnya….Kerna dia tidak mampu sepanjang masa bertiup perlahan
bagi menenangkan keadaan kerna ada waktunya ia menjadi badai dan taufan
merobek kesejahteraan dan kebahagiaan insan
Tapi emak sepanjang masa meleraikan kekusutan menenangkan jiwa anak²mu sesepoi bahasa bayu, menyemai rasa cinta dan sayang sejati anak²mu

Emak…mulianya dirimu….Membenarkan kata² syurga itu ditelapak kaki ibu…

 

kisah posting Oktober 25, 2007

Difailkan di bawah: Cerita — hafizhood @ 9:44 am

aku percaya ramai yg tahu ttg posting….iaitu prosedur menempatkan guru yg baru tamat pengajian ke sekolah yg ditentukan…itu pd fahaman akula….mungkin ada maksud lain barangkali…..ttp itu bukan soalnya…ada kisah di sebalik perkataan posting….kisah yg mungkin tidak signifikan utk org lain…tp mungkin juga ada sesetengah insan yg merasa gerun mendengar perkataan posting…..sbb ia boleh mengubah segala galanya…..

ramai org kata guru ibarat lilin…sanggup membakar diri utk menerangi org lain….aku juga pernah percaya pd hakikat itu…dan hingga kini ia masih menjadi kepercayaanku….dan ianya bertambah kukuh utk aku percayai…haha…..kenapa aku terlalu percaya pd kata-kata itu??….sbb mmg ada guru yg sanggup mengorbankan seluruh hidupnya demi kerjaya….lantaran usaha murni mendidik anak bangsa yg menjadi keutamaan…..kalaupun di hantar ke pedalaman dan jauh dari keluarga tercinta…itu bukan lagi satu persoalan….sbb tugas dan tanggungjawab itu yg harusnya diutamakan…….ramai yg pernah merungut dengan tindakan menghantar guru – guru baru (terutama guru wanita muda) ke kwsn pedalaman….namun atas alasan itu adlah keperluan…..semua kembali mendiamkan diri…hihi….

negara pernah dikejutkan dgn peristiwa yg menimpa seorang ustazah yg baru dihantar utk mengajar di kwsn pedalaman….seorang wanita muda yg baru di sana…perlu menjalani kehidupan seorang diri dan membiasakan diri dgn norma kehidupan baru….tapi tidak mengapa….itu sudah tugasnya…akhirnya ditemui meninggal dunia di dalam sungai dipercayai dirompak setelah keluar seorang diri slps pulang dari sekolah….Innalillah…semoga rohnya dicucuri rahmat….mulianya hati seorang guru…

aku juga pernah terdengar cerita seorang guru muda yg masih dlm pantang…dgn anak yg masih menyusu…terpaksa menerima tugas mengajar di kwsn pedalaman…..dan meninggalkan anak di bawah jagaan ibunya….bayi itu merasa susu tepung seawal bulan pertama kelahirannya….dan ibu yg masih berpantang terpaksa menahan deras air mata meninggalkan anaknya….mulianya hati seorang guru….

dan kisah terbaru yg aku dengar dr seorang kenalan…seorang guru yg baru ditukarkan ke kwsn pedalaman…akhirnya terputus perhubungan dgn kenalan di tempat lama….lantas cintanya bertukar arah ke kenalan di tempat baru….dan sekali lagi sanggup mengorbankan hidupnya utk mengajar anak murid….dgn menjalani kehidupan yg berbeza….mulianya hati seorang guru…..

byk lagi kisah yg aku dengar…kisah posting….dan mulianya hati seorang guru!!!!……

semoga berjumpa lagi…

 

semoga berjaya!!! Oktober 25, 2007

Difailkan di bawah: Peribadi — hafizhood @ 9:20 am

demam peperiksaan akhir semester telah pun melanda!!…haha…seronok tgk student beramai – ramai ke perpustakaan…setiap inci ruang bilik bacaan 24 jam dan mana saja pondok bacaan sesak tiba tiba….semua bersedia utk menghadapi peperiksaan……..aku mengambil sedikit masa utk menulis sbb dgn tiba2 wireless dikesan di bilik nabil..huhu…thanx la nabil bagi pinjam lap top utk menulis blog….

selepas ligat berhari raya….kehidupan kembali dilalui seperti biasa….gerai makanan kembali dibuka seawal dingin subuh….bas rapidkl kembali sesak dgn insan yg ingin ke tempat kerja slps puas bercuti…..dan anak anak muda beramai – ramai kembali ke sekolah…..tp bukan semua menjalani kehidupan spt biasa…bg keluarga insan yg terkorban nahas jalan raya….yg ditarik pinjaman jasadnya akibat bermain mercun….ibu ayah yg kembali merindu anak – anak yg hanya akan ketemu pd aidilfitri seterusnya……mungkin kehidupan biasa ini sedikit asing bagi mereka…..tp ungkapan klise aku utk kondisi ini….segala yg di dunia ini hanyalah sementara…..tiada yg kekal…biasakanlah diri dgn kehilangan….sbb itu pasti berlaku….

kpd mahasiswa dan pelajar sekolah yg telah dan akan menghadapi peperiksaan,semoga berjaya buat semua!!!….dlm hidup byk ujian dan cabaran…barangkali ujian ini tidak sebesar mana…..tp ia penting sbg persediaan utk ujian lebih besar yg bakal melanda….

salam utk semua……