tak percaya
“Azhar, masa cuti ni kamu ada buat apa-apa?” Ustazah hayaton, guru di sekolah rendah agama hulu bernam, tempat yang aku pernah bersekolah waktu kecil dullu, menyapaku.
“tak ada buat apa-apa pun. Tolong mak kat kedai je la.” balasku sambil tersenyum.
“Kamu nak kerja dengan saya?” Ustazah bertanya. Memang sebelum ini aku tidak pernah lakukan apa-apa kerja sambilan, sampailah aku habis tingkatan 5. Offer daripada ustazah menarik perhatianku. Paling kurang pun, ada lah duit ber’foya-foya’ ^_^.
“Kerja apa ustazah?” aku ingin pastikan. “Kerja kat sekolah, jadi ustaz sementara. Boleh?”
“ustaz!” terkejut aku dengar jawapan ustazah. Tak pernah pula terfikir nak kerja sebagai guru, walaupun sementara. “mmm, saya fikir dululah ustazah” jawabku, dalam keadaan masih terkejut dengan offer tadi.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
bincang
Walaupun sekolah menengah di sekolah agama, memang tak pernah terfikir walaupun sekali untuk menjadi ustaz. Malam itu, aku cuba berbincang dan minta cadangan daripada ibuku.
“ma, kalau abang nak kerja boleh tak. Lagi pun bukan buat apa-apa pun lepas spm ni.” aku memulakan perbualan.
“Kerja apa? nanti siapa nak tolong ma kat kedai ni?” ibuku menjawab.
“Siang tadi jumpa dengan ustazah hayaton, dia tanya kalau nak kerja dengan dia, kat sekolah agama - jadi ustaz sementara.” terangku pada ibu.
“Baguslah tu. Lagipun waktu siang kau bukan ada buat apa-apa kan? siang pergi mengajar, malam datang la kedai tolong ma.” ibuku mencadangkan.
Walaupun dah dapat keizinan, aku belum berupaya membuat keputusan. Malam berlalu pergi…
…………………………………………………………………………………………………………………………………….
keputusan
Esoknya, aku terserempak dengan ustazah hayaton. “Ustazah, saya seorang sahaja ke yang jadi ustaz sementara? takde ‘geng’ ke?” tanyaku sambil tersenyum. “Kamu ajak apis hud sekali. Hari ahad ni, kamu dengan apis hud, jumpa saya di sekolah.”
“ek? dengan apis hud sekali. baiklah” balasku. Alhamdulillah, ada ‘geng’. ^_^
Aku mula kenal dengan apis hud (nama sebenar= hafiz hud, nama manja= apis hud) ni masa darjah empat. Kami, sekolah kebangsaaan di sekolah yang berbeza, tapi sekolah petang (sekolah agama) kat sekolah yang sama- sekolah rendah agama hulu bernam.
Apis hud ni antara sahabatku yang paling rapat, (yela, dah kenal dari kecik.) Ditakdirkan Allah, aku dan apis ditawarkan ke sekolah menengah yang sama- sekolah menengah agama persekutuan kajang. Masa tu baru balik dari ambil surat tawaran (tak pernah dengar pun nama smapk), sampai jer rumah, apis menelefonku.
“kau dapat sekolah mana?” tanya apis.
“sekolah … menengah agama… persekutuan… kajang.” jawabku. “tak pernah dengar pun nama sekolah ni” tambahku lagi. “kau dapat sekolah mana” tanyaku pula.
“….” tiada jawapan. “apis! dapat sekolah mana?” ulangku.
“azhar! sama lah nama sekolah kita. kita dapat satu sekolah.” teriak apis, sakit juga telinga masa tu. ^_^
Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah, asyik muka apis hud lah yang aku jumpa ^_^. Alhamdulillah.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
Aku menelefon apis hud, bertanya kesediaannya nak jadi ustaz. ^_^
“no hal.” senang jer dia bagi jawapan. yossha!!
Apa yang akan berlaku seterusnya? nanti la aku sambung, setakat ni je dulu kisah yang pertama ^_^
wallahu alam.
…………………………………………………………………………………………………………………………..
haha…setakat tu saja coretan jaha utk kisah jd ustaz tu…bole tgk kat blog http://jahagifu.wordpress.com
jadi aku pun nak sambung kisah ni utk die… ^_^
-KISAH BERMULA -
Maka setelah bersetuju untuk terima tawaran ustazah hayaton,kami berdua pun pergi berjumpa ustazah hayaton di sekolah..
“ustazah aton (nama manja ustazah, ustazah ni rock sikit tau…^_^),kitorang terima la tawaran jadi ustaz tu..”aku dan jaha memulakan perbualan pada pagi ahad tu..hari selasa minggu berikutnya adalah hari pertama persekolahan untuk sesi 2006.
“baguslah!nanti hari selasa kamu datang kerja.pakai baju melayu dgn songkok.pasal kerja dan gaji semua kita bincang nanti dgn guru besar”,ustazah aton membalas persetujuan kami.
Maka rasmilah sudah kami menjadi guru sementara di sekolah rendah agama hulu bernam. alhamdulillah,dapat juga berbakti pada sekolah lama..tapi takut jugak!!
………………………………………………………………………………………………………………………………………….
-HARI PERTAMA-
aku memakai baju melayu kuning,seluar hitam dan bersongkok terus berbasikal ke rumah jaha seawal 2 petang..
‘cikgu perlu awal dari anak murid’,aku berkata – kata dalam hati.
terdetik jugak dengan wajah keremajaan aku waktu tu tak akan aku dan jaha nak berbasikal ke sekolah?nanti orang confuse pulak siapa cikgu dan siapa anak murid
tiba di rumah jaha,di memakai baju melayu merah menyala..haha…
rupanya jaha sudah merancang untuk menaiki motosikal ke sekolah.ikut jalan kampung..tak pakai helmet…lesen jauh sekali la nak ada..waktu tu la pun aku belajar sikit – sikit cara nak bawak motor..
tiba di sekolah,kami terus ke pejabat…pejabat yang meninggalkan seribu satu nostalgia pada kami.pernah dirotan di situ,kena marah,didenda di situ,berlatih syarahan agama,nasyid dan pernah jugak membantu cikgu – cikgu membersihkan pejabat tu..
kami pun diberi penerangan tentang pekerjaan kami..haha..rupanya kami menyandang gelaran “Guru Tajaan”.yang mana guru – guru ini adalah guru – guru yang gajinya ditaja oleh PIBG dan pihak sekolah menggunakan duit simpanan sekolah.sehari upah kami adalah RM15..haha…cukuplah tu buat jalan – jalan kl hujung bulan.dah la waktu kerja pun kejap je..dari 2.30 sampai pukul 6..tu pun kadang – kadang datang lambat dan balik awal…hahaha..memang kena belajar etika perguruan kami ni.
cara kerja – kami akan gantikan guru yang cuti atau bersalin (biasalah kadang2 ada guru yang tiap2 tahun bersalin..produktif tu!!)..kalau semua guru hadir,kami akan membantu membuat kerja pentadbiran..
kebetulan hari pertama tu memang ada 2 kelas yang tak ada guru kelas…guru nye bersalin..haha…dah agak dah..dan yang paling best kami dapat kelas darjah satu…aku kena mengajar darjah satu hambali dan jaha ajar satu syafie..
MENGAJAR BUDAK DARJAH SATU!!!..hahaha..ni la kerja yang paling susah dan perlukan kesabaran yang tinggi..betol la kata – kata ‘guru ibarat lilin’..tapi kalau mengajar budak darjah satu dah jadi ibarat macam2 dah..ibarat bom atom pun ada…penat nya memang tak terkata!!
untuk hari pertama,selesai mengutip bayaran yuran dan keluarkan resit kepada ibubapa,aku memulakan pengajaran..dahla ramai mak bapak yang ada tepi tingkap tunggu anak – anak..tengok jugak mana tau kalo2 ada wartawan tv3 nak buat liputan hari pertama persekolahan…almaklumlah hari pertama utk darjah satu…jadi kena la ajar elok2…ramai jugak yang memuji kami…
“amboi mudanya ustaz ni!mesti baru habis belajar dari mesir kan?”hahaha..aku gelakkan aje…
“bagusnya muda muda dah jadi ustaz,ni dah kawin ke belom?anak perempuan saya ada yang baru habis belajar.tak berpunya lagi…”
haa…ni yg aku tak berapa nak gelak.dibuatnya ada yg nak kenen pastu jodohkan kitorang.tak ke gila jadi nya..aku dah la baru umur 18 masa tu.nak bagi anak bini makan apa nanti?..haha..
maka aku pun mulakan pengajaran asas agama..ape lagi kalau bukan…aliff,baa,taa..ada yg dah advance sebab dah khatam masa tadika..siap boleh gelakkan tulisan aku yg tak berapa nak cantik tu..tapi tak boleh nak ikut sesetengah pelajar aja,sebab ada yg baru pertama kali kenal huruf jawi..
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..
-RAGAM-
pasal ragam pulak..memandangkan ini sekolah agama atau dlm kalangan budak2 dipanggil ’sekolah petang’..tak ada hal sgt sbb majoriti adalah kawan yg sama ketika sekolah pagi..cuma ada 2 3 budak yg menangis n still nak mak ayah tunggu sepanjang 3 jam sekolah…
hari pertama berakhir dengan kepenatan yg amat sgt..ada jugak pelajar yg nakal.biarkan ajer..kami belum tunjuk taring lagi.mana boleh garang2 hari pertama sekolah..nanti mak ayah tak nak hantar dah gi sekolah..
sebelum balik kami ambil buku rekod mengajar..haha…ni yg paling best!!..sbb bila pegang buku rekod tu baru rase mcm betol2 cikgu..dan kami ada sesi bergambar utk papan kenyataan sekolah.
MACAM TAK PERCAYA!!kami telah menghabiskan hari pertama bergelar ustaz..ustaz hafiz dan ustaz azhar..nama yg melekat sampai sekarang..gelaran yg berat utk kami pikul..kami mmg belum layak lagi utk gelaran tu.tanggungjwb nya terlalu besar.tapi utk membantu anak bangsa…kami kuatkan juga utk berusaha.berkongsi ilmuyg ada kan bagus dan digalakkan dlm agama?
~selesai hari pertama,nanti aku sambung entri utk hari2 berikutnya..tapi bukan coretan utk setiap hari la.aku buat lumpsum..ye la..6 bulan kami jadi ustaz…patah gak jari ni nak singkap satu demi satu..haha…
okeh..jumpa lagi…



